Wednesday, 19 November 2014

Aku Kamu dan Dia

Hidup aku siapa yang tahu hati berkecai , 
samada aku sakit ke aku kelaparan ke
atau apa-apa je yang menimpa diri , kamu tahukah? mesti tidak.
Bercinta bagaikan tiada erti tanpa kenali apa itu cinta sehingga
menyakitkan diri , memusnahkan diri , sesiapa pun tidak ingin
masalah macam ni berlaku dalam hubungan dan semakin terus
bertahan semuanya bodoh belaka yang dapat hanya tinggal merana
hingga serabut kelapa. Hidup ini segala-galanya ketentuan Tuhan ,
berapa ramai kita berkawan dan bersahabat , itu menjadi satu hak
masing-masing setiap individu tidak boleh siapa pun menghalang 
kecuali halangan Tuhan maha esa. Yang penting hubungan
cinta aku dijaga rapi. Adakah ianya salah ? Erti kehidupan bagiku
ianya tidak menjadikan suatu masalah atau satu kesalahan besar. 
Setiap pergaulan ada batasnya.

Aku tahu aku tidak sehebat mana , tidak sekacak lelaki-lelaki lain , 
tidak sebaik yang kamu inginkan dan tidak layak teman hidup mu ,
sehingga kamu memandangkan aku ni teruk dan jahat sangat
tak tahu nak berubah , semua benda aku buat salah , tak pernah 
percayakan aku , ingat orang macam aku ni tak reti nilaikan
mana baik mana buruk.
Disebabkan fikiran hantui kamu menjadikan persoalan , yang 
elok-elok menjadi buruk. Kamu selalu tuduh aku ada hubungan
dengan dia , setiap kali aku online whatsapp atau apa-apa media
sosial kamu kata aku sembang dengan dia. Asal kita gaduh kamu 
suruh aku pergi pada dia segalanya dia , kononya dia girlfriend
aku , sampai kamu serkap jarang tambah fikiran kamu positif
terhadap aku , paling menyakitkan hati dituduh pernah melakukan 
hubungan seks dengan dia. 
BURUK SANGATKAH AKU ? HINA SANGAT ?.
Sedangkan dia pun tahu yang aku ada kamu takkan dia bodoh 
nak gilakan aku. Aku tahu apa aku buat , 
Tuhan juga lebih tahu , berapa banyak kamu nak melabur dosa. 
Kemana pun aku pergi dengannya semata-mata ingin berseronok 
zaman bujang , aku selalu keluar dengan dia pergi tempat-tempat 
yang aku suka , bukan aku melakukan perkara terkutuk.
Aku bagitahu pun salah , tak bagitahu pun salah. Bila dah 
berumahtangga mana boleh enjoy macam ni.

Kamu tahu kan aku dengan dia rapat tapi hanya adik angkat. 
Pasal cinta aku pada dia berlaku dah lama sejak mula-mula 
aku jumpa dia , sekarang tidak lagi. Aku cuba jauhkan 
diri sepertimana kamu inginkan aku tidak mampu , dulu 
dia banyak bantu aku takkan aku nak buang dia , abaikan dia 
dan sepatutnya kamu harus berikan aku berkawan 
seperti biasa tetapi tidak , lagi menambahkan gosip keburukan 
aku , sedangkan kini hubungan aku dengan dia tak rapat 
macam sebelum ni. 
Aku sedar aku siapa , aku ramai kawan perempuan , aku memang 
jahat dimata kamu , tapi sejahat-jahat aku belum pernah 
aku buat jahat pada insan bernama perempuan , curang bagai. 
Aku tahu kamu tidak suka aku rapat dengan dia dan menyebabkan 
kamu terlalu emotion tidak dapat control sebab itu hubungan 
kita selalu gaduh. Sepatutnya kamu kena fikir nilaikan macamana 
nak atasi , apa punca masalah , macamana boleh gaduh 
bukan menambahkan lagi masalah.
Walaupun banyak kata-kata menyakiti hati hati dalam hubungan ni. 
Ianya amat bermakna akan ku jadikan satu pengalaman dan 
kematangan aku.

Terima kasih kerana kamu banyak menemani aku , selalu bantu aku 
dan aku banyak menyusahkan kamu selama ini. 
Kamu kena banyakkan bersabar , kamu terlalu emotion dan ia patut 
diubah. Sampaikan kerja-kerja harian kamu musnah. 
Aku tahu akan kehilangan kamu dan dia selepas ini. 
Ampun dan maaf dari kecil sampai besar.
GOOD BYE Dear.









2 comments: